Aktiviti Terkini

Kuching, Sarawak 21-24 Jun 2010

Thursday, December 23, 2010 , Posted by Jom Pi Cuti Beta at 10:23 AM

21-24 Jun 2010: Percutian 4 Hari 3 Malam

Trip ni betul-betul "Backpackers Style". Percaya tak keseluruhan trip dari Kangar ke Kuala Lumpur ke Kuching dan balik semula ke Kangar seorang dalam lingkungan RM400 jer.... 4 hari 3 malam Ini kira all-in, tambang, tempat tinggal, pengangkutan dan tiket tempat lawatan (Taman Budaya & Taman Orang Utan). Tapi tak dinasihatkan ikut cara ni bagi yang bawa family, sebab group ni semuanya jantan pekasa hehe... banyak berjalan dan ada jugak naik bas loncat.



21 Jun (Isnin)

Naik flight AirAsia AK 5204
Depart from Kuala Lumpur LCCT (KUL) at 0945 (9:45 AM) and arrive in
Kuching Int Airport (KCH) at 1130 (11:30 AM) ok bagus... no delay... on time.


Sebelum sampai baca dalam blog orang katanya ada bas bandar kat terminal airport untuk ke bandar Kuching.... tapi tanya kat orang airport pulak katanya dah tak dak. Tak pa, tak panik sangat sebab negara sendiri, so kami ambik van persiaran jenis Liteace baru lepas antaq orang... sumbat semua 12 orang + beg... fuhhhh kalau sardin pun hancus. RM20 jer, nak jimat punya pasai... terus ke tempat penginapan budget kami Tracks Bed & Breakfast (Dorm RM12 seorang / Bilik utk 2 orang RM50: aircond). Tempatnya ok, bilik air ada 2, jamban satu... tapi kalu nak ke jamban kena pasti orang tak dak dalam bilik air, malu... serba serbi boleh dengaq... garu pun dengaq... tambah ler ehm ehm... hehe

Selepas check-in, aku keluaq dgn member (Nizam) sat cari Pejabat Pelancongan Taman Bako, nak bayaq duit booking bilik di Bako. Masalah depa tak terima bank-in, kena bayaq cash. Bilik di Taman Bako memang kena booking awai, permintaan tinggi oleh westerners. Aku booked bulan 2... tips yg aku nk bagi, tak payah guna Bako online booking, sebab sistem akan kerap jawab Accommodation Booking Request - Rejected. Sebab nak puaskan hati jugak, aku terus fon pejabat forestry, ada rupanya... sistem online dia jawab ikut suka hati pak mentua belah mak menakan dia jer...

Sementara aku dgn Nizam keluaq, bebudak aku semua tidoq sampai petang... letih seronok naik kplterbang kot. Dalam kui 5 petang kami keluaq shopping kat kedai2 dekat waterfront beli t-shirt habuan ole2 ahli keluarga... jalankan tanggungjawab sosial dulu. Boleh tahan jugak budak2 jantan aku shopping. Selesai shopping..... kami pi kat waterfront. Tak mampu nak naik Bot Cruise.. mahai RM60 seorang, jadi kami pun naik la sampan penumpang suruh dia bawa ke seberang dan jalan2 sikit... pakcik tu amik RM1.50 seorang.. cuma yang gerunnya sumbat 12 orang... kalau ada sapa2 bersin kuat sah terbalik... badan kami semua besaq2. Masa menyeberang ada geng duk berlatih bot naga pulak, eskot depa bawa bot laju sebelah kami.. berayun sampan kami... gerunnnnnn


Ada lebih 20 jenis kek lapis... semua rasa


Sampai di seberang kami ke Kedai Kek Lapis Dayang Salehah. Wow!!! Ada free sample, silap besaq jamu kat kami... Makan kek sampai kenyang. Tapi kami tak beli pun sebab nak beli hari last. Malas nak bawa benda berat2 masa berjalan. Pastu ke medan makan untuk makan malam. Mencuba benda yang tak pernah jumpa..Laksa Sarawak, Ayam Penyet, Mee Kolok... semua sedap sebab lapaq. Malam tak pi mana sebab nak tengok bola Piala Dunia... Bebudak aku salah konsep Bed & Breakfast,benda dalam peti ais depa makan... termasuk la yg tuan hotel punya


22 Jun (Selasa)
Check out awal sebab nak ke stesen bas Kuching. Jalan kaki dalam 3km kut. Sementara tunggu Bas Petra Jaya No. 6 bergerak ke Jeti Taman Bako kami breakfast dulu. Bas yang kami naik memang klasik. Serba-serbi dalam bas bergegaq. Bas dolu-dolu. Bunyi fon kuat macam mana pun, confirm tak dengaq. Absorber aku rasa macam tak dak jer. Air-cond first class, adjust sendiri nak kuat mana... kalu tak suka tutup jer tingkap.

Sampai kat jeti, kami makan tengahari dulu. Kedai makan depan jeti...MURAHNYA!!!!! Siap ambik lauk ketam, ikan, sayuq dan minum tak sampai RM5... ni cerita tahun 2010 ni... mana nak dapat. Tapi masak tak banyak sebab kedai kampung. Jadi kami bagi tau siap2, esok masak banyak sebab nak singgah makan lagi.

Dah makan naik bot, tak payah booking sebab ada banyak. Cuma yang penting masa turun kena habaq bila & pukui brapa nak balik. Bayaq tiket pi balik siap-siap. Sehala RM90, guna 2 bot pi balik RM360 inilah belanja yg paling tinggi sebab tak dak pilihan. Taman Bako ni lebih utk relax dan tgk2 alam semulajadi. Peringatan!! Masa duduk kat chalet jangan sekali-kali biaq bilik terbuka sebab beruk liaq cukup banyak. Peti ais dengan peti kayu dlm bilik makan chalet pun beruk ni pandai buka. Chalet ni agak panas sebab ada kipas saja, satu bilik chalet 4 orang. Orang Utan pun ada masa kami check-in. Malam kami buat aktiviti sampingan tengok "kerbau pendek" keliling chalet kami...



23 Jun (Rabu)
Pukui 8 pg kami check out. Air laut surut jauh... kena jalan dalam 200 meter dari pantai baru boleh naik bot. Sampai kat jeti van yang kami sewa dah siap menunggu, very professional. Ambik van persendirian (RM250 sehari) lagi jimat dari yang syarikat punya (RM350). Letak jer beg kami pi makan kat restoran murah tu. Mcm dijanji, makcik tu masak lebih, siap ada ketam sebab ada yg buat special request teringin makan.


Lepas makan terus ke Taman Budaya, nak kejaq show pukui 11pg. Biasa tiket masuk RM60 seorang, tapi sebab bawa student card dapat RM15. Yang mana tak dak student card, kami punya van driver tolong beli, dapat RM45. Masuk Taman Budaya ni kira wajib kalu mai Sarawak. Bermacam-macam jenis rumah kaum peribumi Sarawak ada... joget lambak pun ada. Duk kat sini sampai dekat 4 ptg.

Pastu pi ker Muzium Kuching... semua benda pasai kucing ada kat sini. Tengok jer la... sebab free x payah bayaq. Aku lebih suka tengok luaq muzium sebab dari atas bukit boleh nampak bandar Kuching. Selesai muzium, ke pusat pasu. Ingatkan x payah singgah sebab tak dak kaum ibu, rupanya ada amanah dari kaum ibu, jadi kena singgah beli gak. Tergerak jugak nak beli, tapi memikirkan nak mengusung... aku pun tak jadi.



Lepas pusat pasu, pi ke Kek Lapis Dayang Salehah sekali lagi. Kali ni mesti beli. Sembang dgn orang2 tempatan, katanya yg juai RM10 satu ni komersial punya kek. Kalau nak yg original dan eksklusif kena pi tempat lain, harga dalam RM40 ke atas satu. Sesuai untuk makan sendiri bukan untuk buah tangan. Lepas makan malam kami pi ke homestay yang dah ditempah. Rumah teres 2 tingkat dengan 4 bilik tidoq dan 2 bilik mandi. Puan rumah kata, sumbat 25 orang pun tak pa... bagusnya. Harga RM240 semalam. Kira sorang RM20... murah ler tu. Malam rehat jer... tengok bola...


24 Jun (Khamis)
Awai pagi hujan renyai2. Plannya akan ke Semanggoh Wildlife Centre, tempat pemuliharaan Orang Utan. Tiket masuk murah jer RM3. Sapa yg mai dengan van untung sebab van boleh masuk sampai dalam. Geng yg mai dengan bas kena menapak dlm 600 meter jln bukit naik turun... penat ooo. Masa kami sampai tepat masa orang utan diberi makan. Mat Salleh memang ramai sebab depa lebih senang hargai nature dari org asia.

Selesai Semanggoh Wildlife Centre, kami terus ke restoran abg driver kami. Makan mamak style... puas sebab kat Sarawak jarang jumpa. Lepas makan pi ke pasar ikan terubuk masin. Wajib beli. Ikan terubuk masin Sarawak rasanya sedap, tak mcm yg Sabah masin sangat. Mcm2 saiz ada, yg saiz sedang boleh la bg kawan2 hehe, yg besar bg kat parents. Jgn risau siap packing cantik dalam kotak.


Kemudian balik homestay untuk packing. Mandi dulu bagi fresh badan. Dah siap semua van pun bawa kami airport. Sepanjang cuti di Kuching kami rasa puas sangat sebab apa yg dirancang semuanya menjadi. Alhamdulillah.


Lepas ni nak ke Kuching nak bawa group family pulak. Tak boleh la style backpackers, kena cari hotel yg elok sikit. Paling kurang 3 star. Teringin jugak nak ada pengalaman duduk rumah panjang, tapi dari apa yg aku survey kosnya agak tinggi. Lagi satu aku teringin, nak naik bot panjang... wuishhhhh

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment